Sumbangan makanan dan barangan penjagaan peribadi kepada 3,000 pelajar UIAM Gombak oleh KPDNHEP Selangor dan Yayasan Food Bank Malaysia.
SELANGOR

KPDNHEP Selangor bantu pelajar UIA, hulur barang keperluan

SHAH ALAM, 16 APRIL: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor menyerahkan 142 kotak makanan dan barangan penjagaan peribadi kepada pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak semalam.

KPDNHEP dalam kenyataan berkata sumbangan yang diselaraskan Yayasan Food Bank Malaysia itu bagi membantu 3,000 pelajar UIAM yang berada di kampus sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“KPDNHEP Selangor bergerak aktif dalam membantu meringankan beban pelajar yang berada di universiti masing-masing.

“Kali ini penghantaran sebanyak 142 kotak mengandungi pelbagai jenis makanan dan barangan penjagaan peribadi dihantar ke UIAM Gombak di mana seramai 3,000 pelajar berada di sana,” katanya.

KPDNHEP berharap sumbangan ini akan meringankan beban pelajar dan terus tabah mengharungi PKP ini.


Pengarang :