Suasana sepi di Pekan Nabalu, Sabah yang ditutup mengunakan garisan polis ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan Covid-19. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Lahad Datu daerah ke-30 zon merah Covid-19

SHAH ALAM, 19 APRIL: Lahad Datu menjadi daerah ke-30 diisytihar zon merah Covid-19 selepas merekodkan 42 kes setakat jam 12 tengah hari semalam.

Berdasarkan infografik Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), setakat ini terdapat 16 kawasan zon jingga, 76 zon kuning serta 25 zon hijau di seluruh negara.

“Walaupun berlaku penurunan kes baharu Covid-19, jangan kita ambil mudah dan langgar Perintah Kawalan Pergerakan,” kenyataan ringkas KKM dipetik di Twitter hari ini.

Menurut angka CPRC, jumlah kes Covid-19 di seluruh negara ketika ini sebanyak 5,305 berbanding 5,251 kes kelmarin.

KKM menetapkan kawasan yang lebih 40 kes sebagai zon merah, manakala zon jingga 21 hingga 40 kes. Tiada kes dianggap zon hijau, sementara 1 hingga 20 kes pula zon kuning.


Pengarang :