Dua orang lelaki yang membawa beg memakai topeng muka susulan penularan Covid-19 di Nizamuddin, New Delhi, India pada 31 Mac 2020. Foto REUTERS
AGENDAGLOBAL

Lapan rakyat Malaysia di India dihalang naik penerbangan

NEW DELHI, 5 APRIL: Pihak berkuasa lapangan terbang India pada Ahad tidak membenarkan lapan rakyat Malaysia menaiki penerbangan evakuasi (pemindahan) dari New Delhi kerana disyaki mengambil bahagian dalam perhimpunan agama di bandar itu, bulan lalu.

Pada 2 April, seramai 960 warga asing termasuk rakyat Malaysia disenarai hitam Kementerian Dalam Negeri India kerana menyertai perhimpunan di Tablighi Jamaat.

Lapan rakyat Malaysia itu tinggal di beberapa kawasan berasingan di New Delhi dan mendaftar menaiki penerbangan evakuasi warga asing yang terkandas, kata seorang yang mengenali mereka kepada Bernama.

Polis New Delhi memindahkan puluhan rakyat Malaysia bersama warga asing lain dari ibu pejabat Tabligh yang juga dikenali sebagai Markas.

Mereka kini ditempatkan di kemudahan kuarantin sementara untuk mengekang penularan Covid-19, ramai rakan dan keluarga mereka yang kembali ke Malaysia mendakwa pusat pengasingan itu tidak bersih dan kekurangan makanan serta perubatan sewajarnya.

-BERNAMA


Pengarang :