AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Lebih 180,000 pemegang akaun layak dapat air percuma

SHAH ALAM, 28 APRIL: Seramai 184,020 pemegang akaun meter individu di Selangor layak menerima air percuma 20 meter padu melalui Skim Air Darul Ehsan.

Pengurusan Air Selangor (Air Selangor) dalam kenyataan berkata keputusan dibuat setelah meneliti secara terperinci semua permohonan yang diterima sebelum 31 Disember lalu.

“Daripada 211,344 permohonan diterima, hanya 184,020 pemegang akaun meter individu layak menerima skim ini,” kata Ketua Komunikasi Korporatnya Abdul Halem Mat Som dalam kenyataan hari ini.

“Bagi pengguna meter pukal di pangsapuri kos rendah, mereka akan terus menikmati air percuma secara automatik.”

Semakan ketat itu menurut Abdul Halem merangkumi pendapatan yang diperoleh daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri, E-Kasih, Bantuan Sara Hidup, kesahihan alamat premis dan nombor akaun pengguna.

Beliau berkata status permohonan akan dimaklumkan melalui e-mel atau khidmat pesanan ringkas, manakala permohonan dalam talian boleh disemak di portal http://ssipr.selangor.gov.my/semakan

Skim Air Darul Ehsan adalah program penjajaran semula pemberian air percuma kepada kumpulan sasar di negeri ini untuk isu rumah berpendapatan RM4,000 dan ke bawah.


Pengarang :