Pasukan polis dibantu tentera melakukan sekatan jalan raya di Jalan Ampang pada 23 Mac 2020 susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Lebih 90 peratus penduduk di Selangor patuhi PKP

SHAH ALAM, 9 APRIL: Lebih 90 peratus penduduk di Selangor mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa kedua yang dilanjutkan hingga 14 April, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata peratus pematuhan diterima daripada polis Selangor meningkat berbanding sebelum ini yang mencatatkan kurang 80 peratus.

“Ketika PKP mula-mula dilaksanakan, kita dapat lihat tahap kepatuhan orang ramai bawah 80 peratus tetapi fasa kedua saya dimaklumkan sudah 90 hingga 93 peratus rakyat patuhi.

“Kepada seluruh rakyat Malaysia terutama Selangor, teruskan mematuhi PKP, kekal duduk di rumah dan jaga jarak ketika berada di luar kerana ini adalah waktu terbaik untuk landaikan keluk Covid-19,” katanya ketika diwawancara dalam program Malaysia Hari ini di TV3, pagi tadi.

Pada masa sama, beliau turut menyeru masyarakat melupakan perbezaan bangsa dan fahaman politik ketika mendepani pandemik yang merebak di seluruh dunia ketika ini.

Angka korban akibat Covid-19 di seluruh dunia mencecah 86,289 orang semalam, dengan hampir 1.5 juta kes di 192 negara dan wilayah. Sekurang-kurangnya 280,300 orang sembuh.

 

 


Pengarang :