Pegawai Lembaga Zakat Selangor daerah Sabak Bernam datang sendiri ke kediaman asnaf menghadapi masalah kesihatan dan tiada waris untuk menghantar bantuan kewangan bulanan.
AGENSISELANGOR

LZS Sabak Bernam hantar bantuan kewangan kepada asnaf uzur, tiada waris

SHAH ALAM, 17 APRIL: Lembaga Zakat Selangor (LZS) Sabak Bernam mengambil inisiatif menghantar sendiri bantuan kewangan bulanan (BKEW) kepada asnaf menghadapi masalah kesihatan dan tiada waris.

Agensi agama negeri itu memaklumkan pihaknya memahami kekangan golongan berkenaan yang ada di antaranya tinggal seorang diri, uzur dan tiada waris menyebabkan mereka sukar mengambil bantuan terbabit.

“Pegawai LZS Sabak Bernam telah menyerahkan sendiri wang BKEW kepada asnaf berkaitan dan semoga bantuan diberikan dapat mengukir senyuman kepada mereka tatkala wabak Covid-19 melanda negara, kita doakan semua diberi kekuatan dalam meneruskan hidup,” katanya dalam Facebook hari ini.

LZS berkata pihaknya berterima kasih kepada pembayar zakat di Selangor kerana wang yang ditunaikan mereka dapat diagihkan kepada golongan memerlukan.


Pengarang :