Pengurusan Lembaga Zakat Selangor menyerahkan sumbangan peralatan untuk kegunaan Unit Rawatan Rapi Hospital Selayang. Foto Facebook LZS
AGENSISELANGOR

LZS sumbang peralatan perubatan kepada Hospital Selayang

SHAH ALAM, 22 APRIL: Lembaga Zakat Selangor (LZS) baru-baru ini menyerahkan sumbangan alat kesihatan bernilai RM160,400 kepada Hospital Selayang.

Menerusi kenyataan di Facebook, antara peralatan disumbangkan LZS adalah alat bantuan pernafasan (ventilator), monitor dan ‘pump’ untuk kegunaan di Unit Rawatan Rapi hospital tersebut.

“Semoga sumbangan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, Pengarah Hospital Selayang Dr Sakinah Alwi menerusi surat penghargaan kepada Ketua Pegawai Eksekutif LZS Saipolyazan M Yusop, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas sumbangan tersebut.

“Keprihatinan dan kesudian pihak tuan menghulurkan sumbangan kepada Hospital Selayang amat dihargai dan semoga usaha murni seperti ini dapat diteruskan pada tahun-tahun mendatang,” katanya.

Surat penghargaan tersebut turut dikongsikan LZS di Facebooknya.


Pengarang :