AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Mais mudahkan umat Islam bayar fidyah dalam talian ketika PKP

SHAH ALAM, 22 APRIL: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menyediakan perkhidmatan pembayaran fidyah secara dalam talian bagi kemudahan umat Islam di negeri ini berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Agensi agama negeri itu memaklumkan fidyah merupakan bayaran denda dikenakan kepada seseorang yang tidak dapat menggantikan puasanya ketika Ramadan pada sesuatu tahun sehinggalah tiba Ramadan tahun berikutnya.

“Kadar fidyah di Selangor adalah tidak berganda walaupun melangkau tahun dan dikira berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk) semasa iaitu sebanyak secupak.

“Ia berubah mengikut harga ditetapkan pemerintah di sesuatu tempat dan kadar di negeri ini adalah RM1.80 untuk setiap hari puasa yang wajib digantikan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Umat Islam yang ingin berbuat demikian, boleh melayari laman web www.mais.gov.my atau bayaran boleh dibuat terus menerusi http://fpx.mais.gov.my/epay/fidyah.php.


Pengarang :