AGENDANASIONAL

Mapim agih barang asas kepada 10,000 fakir miskin

SHAH ALAM, 27 APRIL: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mengedarkan barangan keperluan asas kepada 10,000 fakir miskin di seluruh negara menerusi projek Kasih Ramadan dan Melawan Covid-19, kata presidennya.

Azmi Abdul Hamid berkata sumbangan itu bagi meringankan beban golongan tersebut terutamanya ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang ada dalam kalangan mereka hilang punca pendapatan.

Beliau berkata pihaknya juga mengalu-alukan sumbangan syarikat atau individu untuk sama-sama membantu golongan kurang berkemampuan selaras dengan konsep Mapim iaitu membantu masyarakat keluar daripada kemiskinan.

“Sempena Ramadan kita berharap lebih ramai individu atau syarikat tampil untuk bantu Mapim memberi sumbangan kepada golongan sasar antaranya gelandangan, anak yatim, orang kelainan upaya dan asnaf fakir miskin,” katanya dalam kenyataan semalam.

Bagi memberi sumbangan orang ramai boleh melakukan bayaran secara dalam talian ke akaun Maybank Mapim (5582 2060 5312) atau melayari https://toyyibpay.com/ramadhan4humanity atau https://bit.ly/Ramadhan4Humanity.

Sebarang pertanyaan juga boleh menghubungi Pejabat Presiden Mapim di talian 019-239 8396 atau 010-444 3300.


Pengarang :