Pelajar Universiti Malaysia Pahang (UMP) mendengar taklimat kesihatan daripada Pegawai Perubatan Pusat Kesihatan UMP Dr Khairul Salleh Abdul Basit ketika mengambil borang pengisytiharan kesihatan yang membolehkan mereka pulang ke pangkuan keluarga pada 27 April 2020. Foto BERNAMA
AGENDA NASIONAL

Marrybrown, Gardenia taja sahur buat pelajar pulang kampung

SHAH ALAM, 27 APRIL: Prihatin dengan pelajar universiti yang akan dihantar pulang mulai malam ini, Marrybrown dan Gardenia tampil menghulurkan makanan percuma kepada mereka untuk bersahur, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan).

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tajaan berkenaan diberi kepada 1,128 pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) yang akan dihantar pulang bermula hari ini dan malam esok.

“Ramai yang bertanya bagaimana ingin bersahur malam nanti memandangkan mereka (pelajar) tidak boleh beli makanan sepanjang perjalanan.

“Oleh itu, kerajaan ingin merakamkan penghargaan kepada rangkaian makanan segera Marrybrown dan pengeluar roti Gardenia.

“Kita (kerajaan) mengalu-alukan tajaan makanan pihak swasta dalam urusan penghantaran pulang pelajar,” katanya ketika sidang media di Putrajaya hari ini.

Kata beliau, bagi mana-mana pihak mahu memberi sumbangan boleh menghubungi Kementerian Pengajian Tinggi bagi pertanyaan dan proses menghantar sumbangan.

Terdahulu, Ismail Sabri memaklumkan seramai 1,128 pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institusi pengajian tinggi swasta akan dihantar pulang ke kampung mulai malam ini.


Pengarang :