Imam-imam Masjid Negeri berdoa setelah selesai berselawat dan zikir ketika Program Rakyat Selangor Berdoa berikutan Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengawal penularan Covid-19 di Masjid Negeri, Shah Alam pada 30 Mac 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
BERITA UTAMASELANGOR

Masjid Negeri anjur Rakyat Selangor Berdoa tiap Isnin, Khamis

SHAH ALAM, 16 APRIL: Pengurusan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah mengajak umat Islam di negeri ini menyertai program Rakyat Selangor Berdoa setiap Isnin dan Khamis bagi memohon perlindungan Allah daripada ancaman Covid-19.

“Semoga Allah mengangkat musibah wabak Covid-19 ini,” tulis pengurusan Masjid  Negeri menerusi Twitter hari ini. Acara itu disiarkan secara langsung melalui Facebook Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah selepas solat Isyak.

Imam masjid dan surau lain bakal melakukan zikir munajat melalui alat pembesar suara diikuti bacaan doa yang disediakan Jabatan Mufti Selangor.

Pada 30 Mac lalu, Imam Besar Masjid Negeri Muhammad Farhan Wijaya sebak membaca doa ketika siaran langsung program sama.

“Sesungguhnya kami berlindung dengan Mu daripada wabak Covid-19, segala penyakit, keburukan tingkah laku dan malapetaka.

“Ya Allah, hilangkanlah segala kesengsaraan kami, sembuhkanlah segala penyakit yang menimpa negara kami,” katanya menerusi doa.


Pengarang :