Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari ketika menyampaikan sumbangan keperluan asas kepada golongan yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Dewan Serbaguna MPAJ AU5, Keramat pada 11, April 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
BERITA UTAMASELANGOR

MB: Buang penutup mulut dan hidung dengan betul

SHAH ALAM, 26 APRIL: Orang ramai dinasihatkan membuang penutup mulut dan hidung serta sarung tangan dengan betul selepas digunakan bagi mengelak penularan Covid-19, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata jika tidak dilupus dengan kaedah betul dikhuatiri akan memudaratkan kesihatan diri dan orang sekeliling kerana virus masih ada di permukaan barangan itu.

“Pastikan anda melupuskan penutup hidung dan mulut serta sarung tangan dengan betul selepas menggunakannya.

“Virus dapat bertahan pada barangan itu selama berjam-jam dan ini boleh mendatangkan risiko kesihatan kepada anda serta orang lain,” katanya di Twitter hari ini.

Berikut adalah lima kaedah yang betul untuk melupuskan penutup mulut dan hidung serta sarung tangan mengikut sumber daripada Alam Flora:

1) Anda perlu mencuci tangan dengan sabun atau cecair pembasmi kuman.
2) Menanggalkan penutup mulut dan hidung dengan memegang tali gelung di telinga.
3) Lipat dan pastikan permukaan luar dilipat ke dalam.
4) Bungkus dengan tisu atau plastik sebelum dibuang ke dalam tong sampah.
5) Ulang langkah satu.

Amaran: Jangan buang penutup hidung dan mulut atau sarung tangan getah terpakai ke dalam tong kitar semula.


Pengarang :