Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor 2.0 di Kediaman Rasmi Dato’ Menteri Besar, Shah Alam pada 1 April 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUAN

MB, EXCO potong gaji, sumbang ke tabung khas Covid-19

SHAH ALAM, 1 APRIL: Pimpinan Kerajaan Negeri setuju membuat potongan gaji bagi menubuhkan Tabung Khas Bantuan Covid-19 Selangor, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata ia membabitkan gaji Menteri Besar, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO), Ahli Dewan Negeri (ADN) serta anak-anak syarikat yang dijangka berjumlah RM8.07 juta.

“Untuk (Dato’) Menteri Besar dan EXCO pemotongan sebanyak 50 peratus, ADN 30 peratus, kakitangan kerajaan Jusa C dan ke atas adalah 30 peratus, jawatan tertinggi GLC 30 peratus.

“Bagi pegawai kerajaan gred 44 hingga 54, mereka digalakkan menderma kepada tabung covid RM50 hingga RM100,” katanya ketika pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor Prihatin 2.0 di Kediaman Rasmi Dato’ Menteri Besar hari ini.

Beliau berkata buat masa ini pemotongan gaji dibuat selama sebulan bermula April.

Amirudin berkata kira-kira RM250,000 berjaya dikumpul Tabung Khas Bantuan Covid-19 Selangor hasil sumbangan ADN setakat ini.

Pakej rangsangan bagi menangani Covid-19 berjumlah RM272.5 juta itu mengamalkan pendekatan muafakat kerajaan dengan rakyat sepenuhnya.


Pengarang :