Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari ketika menyampaikan sumbangan keperluan asas kepada golongan yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Dewan Serbaguna MPAJ AU5, Keramat pada 11, April 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

MB gembira penghantar makanan buat saringan Covid-19

SHAH ALAM, 22 APRIL: Dato’ Menteri Besar gembira dan memuji tindakan pekerja penghantar makanan dan barang yang sudi meluangkan masa melakukan saringan Covid-19 secara pandu lalu yang disediakan Kerajaan Negeri.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata golongan itu antara yang mudah terdedah kepada risiko jangkitan pandemik tersebut.

“Saringan Pandu Lalu oleh Kerajaan Negeri hari ini dikunjungi beberapa kelompok yang bekerja sebagai penghantar makanan.

“Mereka bekerja setiap hari dan terdedah pada risiko. Hari ini mereka menjalani ujian saringan yang dibiayai Kerajaan Negeri,” tulisnya di Twitter malam ini.

Hari ini seorang penghantar barang berasa bertuah apabila berpeluang melakukan saringan Covid-19 pandu laju secara percuma anjuran Kerajaan Negeri di Pejabat Daerah dan Tanah Gombak di sini hari ini.

Muhammad Rashid Mohd Noor, 28, adalah salah seorang daripada 1,200 individu yang disasarkan menyertai Saringan Komuniti Selangor di Gombak hari ini dan esok.

Beliau yang bekerja dengan GD Express Carried Bhd (GDex) melakukan saringan kerana menyedari risikonya dijangkiti Covid-19 ekoran terpaksa menghantar barang kepada pelanggan setiap hari.

Program Saringan Komuniti dilaksanakan dengan kerjasama anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Selcare Clinic Sdn Bhd.


Pengarang :