Pasukan petugas perubatan menjalankan ujian saringan Covid-19 kepada penduduk di Hulu Langat pada 12 April 2020 susulan pengumuman Kerajaan Negeri menjalankan ujian saringan besar-besaran di kawasan zon merah. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB: Kes baharu turun, terus usaha putuskan rantaian Covid-19

SHAH ALAM, 13 APRIL: Jumlah kes baharu Covid-19 di Selangor hari ini menunjukkan penurunan sekali gus memberi keyakinan rantaian wabak itu mampu diputuskan, kata Dato’ Menteri Besar.

“Selangor mencatatkan positif Covid-19 berjumlah 13 kes hari ini. Telah berlaku penurunan dalam jumlah kes jika dibandingkan dengan beberapa hari sebelum (53 kes semalam dan 35 kes pada Sabtu).

“Kerajaan Negeri yakin dengan usaha yang sedang dilaksanakan kita mampu memutuskan rantaian ini. #SelangorGempurCovid19,” katanya di Twitter malam ini.

Sementara itu, Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor berkata Selangor mencatatkan penurunan kes baharu daripada 53 semalam kepada 13 setakat jam 12 tengah hari, hari ini adalah petanda baik.

“Penurunan yang sangat memberangsangkan. Terus patuh PKP, tingkah laku kita menentukan kejayaan menggempur Covid-19,” katanya.

Data itu menunjukkan jumlah kes terkumpul di Selangor adalah sebanyak 1,249 kes.


Pengarang :