AGENDANASIONAL

MB: Lebih 100,000 lagi ruang belajar di portal Selangor Tutor

SHAH ALAM, 16 APRIL: Lebih 100,000 ruangan masih boleh diisi untuk mengikuti sesi e-pembelajaran percuma, Selangor Tutor yang disediakan Kerajaan Negeri, kata Dato’ Menteri Besar.

Sehubungan itu, Dato’ Seri Amirudin Shari mengalu-alukan pelajar dan ibu bapa untuk mendaftar bagi mengikuti program pembelajaran sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dato’ Seri Amirudin Shari pada sidang media pengumuman Pakej Rangsangan Selangor Prihatin Covid-19 di Kediaman Rasmi Menteri Besar di Seksyen 7 Shah Alam pada 20 Mac 2020. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

“Mari kita gunakan waktu terluang sewaktu PKP di rumah khususnya pelajar-yang akan mengambil peperiksaan penting untuk menelaah serta belajar melalui laman web (sesawang) disediakan iaitu www.selangortutor.com,” kata beliau menerusi video disiarkan di Facebooknya di sini hari ini.

Hampir 41,000 murid tahun satu hingga tingkatan lima telah mendaftar dengan Selangor Tutor sejak diperkenalkan pada 3 hingga 10 April lalu.

Laman web itu menyediakan lebih 130,000 soalan latih tubi mengikut piawaian kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia.

Ibu bapa juga boleh mengakses program itu untuk memantau perkembangan pembelajaran anak dari semasa ke semasa.

Inisiatif hasil kerjasama Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) dan Yayasan Selangor selaku agensi penyelaras program merupakan antara intipati Pakej Rangsangan Selangor Prihatin.


Pengarang :