Dato’ Seri Amirudin Shari menyerahkan sumbangan penutup hidung dan mulut serta penyembur antiseptik kepada Ketua Balai Polis Batu 6 Gombak ASP Syed Azizi Jamallulail Syed Abdul Aziz pada 4 April 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

MB serah bantuan hargai khidmat petugas barisan hadapan

SELAYANG, 4 APRIL: Dato’ Menteri Besar berterima kasih kepada petugas barisan hadapan di Gombak dan Selayang, yang berkhidmat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata polis dan kakitangan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) bertungkus-lumus menjaga keselamatan penduduk dan memastikan arahan tersebut dipatuhi.

“Untuk itu, saya menyerahkan penutup mulut dan hidung serta cecair pembasmi kuman untuk melindungi anggota yang bertugas.

“Kesemua yang bertugas juga akan mendapat bekalan makanan secara percuma daripada Kerajaan Negeri bermula 1 hingga 14 April ini,” katanya ketika ditemui di Bangunan MPS hari ini.

Amirudin turut berkunjung ke Ibu Pejabat Polis Gombak untuk menyerahkan alatan sama.


Pengarang :