Seorang pegawai bank ditahan selepas menunjukkan isyarat lucah kepada anggota polis di sekatan jalan raya di Persiaran Tropicana, Kota Damansara malam tadi.
AGENDANASIONAL

MB seru rakyat terus patuhi PKP, elak hukuman berat

SHAH ALAM, 16 APRIL: Dato’ Menteri Besar mengulangi seruan kepada seluruh rakyat di negeri ini supaya terus mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memasuki fasa ketiga ataupun berdepan hukuman berat.

“Patuhi PKP dan semua arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa. Bantu kerajaan untuk memastikan Malaysia bebas daripada penularan wabak Covid-19,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari menerusi Twitter malam ini.

Beliau turut melampirkan infografik yang memetik peruntukan undang-undang berkaitan Pengawalan Penyakit Berjangkit iaitu mereka yang ingkar boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau dihukum penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Antara 18 Mac lalu hingga semalam, seramai 2,255 individu yang ingkar arahan ditahan di seluruh Selangor.

Sejak PKP fasa ketiga bermula semalam, seramai 316 individu ditahan polis Selangor berikutan ingkar arahan.

 


Pengarang :