Sumbangan berupa keperluan asas untuk diagihkan kepada penduduk yang memerlukan
AGENSISELANGOR

MB sumbang makanan, topeng muka kepada 10,000 individu

SHAH ALAM, 2 APRIL: Seramai 10,000 individu yang terjejas susulan Perintah Kawalan Pergerakan bagi mencegah Covid-19 menerima bantuan makanan asas daripada Dato’ Menteri Besar.

Sumbangan Dato’ Seri Amirudin Shari bersama Kumpulan Nirvana Berhad dan Spanland Sdn Bhd meliputi beras, biskut dan gula untuk bekalan selama 10 hari.

Sebanyak 150,000 topeng muka turut diedarkan dengan kesemua bantuan diserahkan sejak kelmarin dan diteruskan Sabtu ini di Dewan Masyrakat E5, Taman Melawati.


Pengarang :