Dato’ Seri Amirudin Shari menyerahkan bantuan keperluan asas termasuk penutup muka dan cecair pembasmi kuman kepada penduduk Taman Batu Caves pada 4 April 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB tinjau agihan barangan asas di DUN Sungai Tua

BATU CAVES, 4 APRIL: Sejumlah 1,000 daripada 1,500 bungkusan barangan keperluan asas diagihkan kepada penduduk DUN Sungai Tua sejak fasa pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan 18 Mac lalu, kata Dato’ Seri Amirudin Shari.

Dato’ Menteri Besar berkata ini kali pertama beliau turun ke kawasan sejak PKP dilaksana bagi melihat gerak kerja pengagihan yang diuruskan pusat khidmat, pejabat ahli majlis dan ketua kampung.

“Pergerakan seperti ini berlaku di semua DUN dalam kawalan begitu terhad kerana kita tidak mahu mereka berkumpul dan kebanyakan (sumbangan) diserahkan secara runcit pada sebelah pagi dan lewat petang untuk kegunaan masyarakat,” katanya pada sidang media selepas meninjau perkembangan pengagihan di pejabat jawatankuasa penduduk (JKP) Zon 6 hari ini.

Amirudin sebelum itu meninjau perkembangan agihan bantuan di JKP Zon 8, Zon 7 dan Zon 6.

Beliau berkata barangan keperluan asas yang dijangka mampu bertahan sekurang-kurangnya 10 hari diserahkan terus kepada penerima berdasarkan senarai sedia ada.

Katanya, barangan keperluan akan ditambah mengikut keperluan dan pemimpin setempat dibenarkan menggunakan peruntukan sedia ada seperti diumumkan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor Prihatin 2.0


Pengarang :