AGENSISELANGOR

MBI jalan kaji selidik kesan Covid-19, PKP

SHAH ALAM, 2 APRIL: Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) Selangor sedang menjalankan kaji selidik khas mengenai kesan Covid-19 serta Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terhadap ekonomi dan rakyat negeri ini.

Dikendalikan Bisnes Amal MBI, kajian memfokuskan ekonomi, pekerjaan dan pola perbelanjaan itu bertujuan memahami lebih terperinci beban juga tanggungan rakyat susulan pandemik berkenaan.

Ia membabitkan responden berusia 18 tahun ke atas dengan maklumat peribadinya dirahsiakan selain data berkenaan dijadikan panduan untuk mewujudkan lebih banyak inisiatif kepada rakyat.

Orang ramai boleh menjawab kaji selidik itu di http://gg.gg/survey-MBI


Pengarang :