Proses saringan Covid-19 dilakukan dari rumah ke rumah melibatkan 53 kediaman di Jalan Puyuh 6/1D dan Jalan Tiung 6/1E di Shah Alam pada 12 April 2020. Foto ihsan Facebook MBSA
PBTSELANGOR

MBSA seru warga Shah Alam terus tenang, dapatkan maklumat sahih 

SHAH ALAM, 13 APRIL: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyeru warganya agar kekal tenang, patuh arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan mendapatkan maklumat sahih berhubung perkembangan Covid-19.

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menerusi kenyataan di Facebook memaklumkan, semalam proses saringan Covid-19 dilakukan dari rumah ke rumah melibatkan 53 kediaman di Jalan Puyuh 6/1D dan Jalan Tiung 6/1E di sini.

Turut terlibat dalam kerja-kerja tersebut ialah Pejabat Daerah dan Tanah Petaling, Pejabat Kesihatan Daerah Petaling dan polis.

“Terima kasih atas kerjasama dan usaha daripada semua pihak serta penduduk yang terlibat dalam menjayakan program ini sehingga selesai.

“Program saringan hari ini (semalam) adalah anjakan ke arah negara yang bebas daripada jangkitan Covid-19,” katanya.

Turut serta dalam proses tersebut Timbalan Datuk Bandar Shah Alam, Mohd Rashidi Ruslan; Pegawai Daerah Petaling, Johary Anuar dan Pegawai Perubatan Pejabat Kesihatan Daerah Petaling yang juga selaku Ketua Program Saringan Seksyen 6 Shah Alam, Dr Nazirul Akmal.


Pengarang :