Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)
PBTSELANGOR

MBSA: Tiga hari berturut-turut tiada kes positif Covid-19 di Shah Alam

SHAH ALAM, 19 APRIL: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengucapkan tahniah kepada seluruh penduduk kawasan tersebut kerana patuh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hingga tiada kes positif Covid-19 di sini.

Mengikut Twitter MBSA, dari 16 hingga 18 April tiada kes baharu dikesan di Shah Alam dan daerah Klang seperti dilapor Pejabat Kesihatan Klang.

“Alhamdulillah, tahniah. Ayuh bersamalah kita putuskan rantaian virus Covid-19 di Shah Alam,” katanya.

Sementara itu, data Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) hari ini menunjukkan peningkatan kes positif wabak itu hanya seramai tiga orang.

Bagi kawasan zon merah setakat 12 tengah hari tadi pula, Klang mencatat 173 kes positif Covid-19.


Pengarang :