AGENDASUKANKINI

MFL potong gaji jika PKP dilanjutkan

SHAH ALAM, 4 APRIL: Liga Bolasepak Malaysia (MFL) memotong gaji kakitangan sebanyak 10 dan 20 peratus secara sementara jika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan, kata ketua pegawai eksekutifnya.

Datuk Ab Ghani Hassan berkata keputusan itu diambil selepas mesyuarat ahli lembaga pengarah yang dipengerusikan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin Isnin lalu.

“Kesan penularan Covid-19 menyaksikan MFL terpaksa menangguhkan saingan Liga Malaysia musim 2020 membabitkan pertandingan CIMB Liga Super, Liga Premier, Shopee Piala Malaysia selain TM Piala Malaysia dan Piala Cabaran,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata langkah pemotongan itu demi menjaga kebajikan kakitangan walaupun ia sesuatu yang berat dilakukan pihak pengurusan.

 


Pengarang :