Seorang peniaga dilihat mengemas peralatan perniagaan ketika pemeriksaan Jabatan Undang-Undang Majlis Perbandaran Klang semalam. Foto Facebook MPK
PBTSELANGOR

MPK periksa 33 premis, 10 beroperasi tanpa lesen diarah tutup

SHAH ALAM, 24 APRIL: Majlis Perbandaran Klang (MPK) mengarahkan 10 premis ditutup serta-merta kerana beroperasi tanpa lesen.

Operasi sempena pemantauan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa tiga itu dilaksanakan di kawasan Sementa, Taman Sri Sementa, Sementa Utama, Jalan Kapar, Kampung Perepat, Taman Perepat Permai, Jalan Keretapi Lama, Taman Klang Utama dan Klang Perdana, semalam.

Menurut MPK di Facebook , pemeriksaan dijalankan pasukan Jabatan Undang-Undang MPK susulan aduan daripada orang ramai.

“Sebanyak 33 premis perniagaan diperiksa dan arahan penutupan diberi kepada 10 peniaga tidak berlesen. Mereka menerima arahan dan memberikan kerjasama.

“Pengusaha premis berlesen yang lain diminta untuk menyediakan cecair pembasmi kuman, mengawal penjarakan dan jumlah pelanggan dalam kedai.

“Pelanggan juga hendaklah dipastikan menggunakan topeng muka. Barangan perniagaan yang diletakkan di luar premis dan menyebabkan halangan diarah untuk dialihkan segera,” katanya.


Pengarang :