MPS dan JKM mengedarkan makanan kepada penduduk Selayang Baru yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan bermula 25 hingga 3 Mei.
AGENSISELANGOR

MPS, JKM edar makanan kepada penduduk Selayang Baru

SHAH ALAM, 27 APRIL: Majlis Perbandaran Selayang (MPS) membantu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengagihkan bantuan makanan kepada penduduk di Selayang Baru yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Enam zon dikenakan PKPD bermula kelmarin sehingga 3 Mei bagi membendung jangkitan Covid-19, setelah mengambil kira kebarangkalian jalinan jangkitan di Pasar Harian Kuala Lumpur dan Pasar Borong Kuala Lumpur.

“Diharapkan penduduk yang terlibat dengan PKPD mematuhi arahan kerajaan selaras dengan usaha kita memerangi Covid-19,” katanya di Facebook semalam.

Selayang Baru merupakan kawasan ketujuh dikenakan PKPD dan semua penghuni tidak dibenarkan keluar dari kawasan itu sepanjang tempoh perintah dikuatkuasakan selain pelawat juga tidak dibenarkan masuk.

Dianggarkan kira-kira 3,000 penduduk melibatkan warga tempatan dan warga asing yang bekerja serta tinggal di sekitar mula menjalani saringan Covid-19 dan Kementerian Kesihatan mengesan pertambahan sembilan kes semalam.

Penghuni yang memerlukan bantuan atau mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi Talian Bencana Daerah Gombak 03-6120 1092, 03-6126 1500 atau Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-6126 2247, 03-6126 2240.


Pengarang :