PBTSELANGOR

MPSepang arah semua bank laksana langkah cegah Covid-19

SHAH ALAM, 8 APRIL: Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) mewajibkan semua bank melaksanakan langkah pencegahan bagi membendung penularan wabak Covid-19.

MPSepang menerusi kenyataan berkata langkah-langkah tersebut termasuklah melaksanakan proses nyahkuman di permukaan kaunter urusan dan mesin teler automatik (ATM) setiap 30 minit sekali.

Selain itu, semua bank dikehendaki menyediakan cecair pencuci tangan di kaunter urusan untuk kegunaan pelanggan dan pegawai yang bertugas.

“Sentiasa membuat kawalan keluar dan masuk pelanggan yang berurusan dengan pihak bank supaya tidak sesak pada satu-satu masa.

“Sentiasa memastikan penjarakan sosial satu meter atau lebih kepada setiap pelanggan yang menggunakan perkhidmatan ATM,” kata kenyataan itu.

MPSepang turut meminta pihak bank mematuhi waktu perniagaan seperti ditetapkan pihak berkuasa.


Pengarang :