AGENSISELANGOR

Mufti Selangor kongsi nota poket Ramadan, Tarawih

SHAH ALAM, 20 APRIL: Jabatan Mufti Negeri Selangor mengeluarkan Nota Poket Puasa Ramadan dan Tarawih untuk panduan orang ramai.

Nota sembilan halaman itu boleh dimuat turun di Facebook rasmi Jabatan Mufti Negeri Selangor.

Menerusi nota itu, orang ramai dapat memahami erti berpuasa, syarat wajib dan rukun puasa serta perkara yang membatalkan puasa.

Orang ramai juga diberikan panduan niat berpuasa, doa berbuka puasa, adab semasa berbuka selain amalan-amalan sepanjang bulan Ramadan.

Jabatan Mufti Negeri Selangor turut memberikan panduan serta langkah-langkah menunaikan solat sunat Tarawih dan witir, bermula daripada niat solat serta cadangan susunan surah.

Nota sembilan halaman itu boleh dimuat turun di Facebook rasmi Jabatan Mufti Negeri Selangor atau melalui pautan ini, https://drive.google.com/file/d/1bzCUUAcyV7rqpLSYkefJDG5jDBuP0g_F/view?usp=drivesdk

Pada 13 April lalu, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor menitahkan tempoh penangguhan solat Jumaat, solat jemaah dan aktiviti ceramah serta kuliah di semua masjid dan surau di negeri ini dilanjutkan sehingga 31 Mei depan.

Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah demikian demi kesejahteraan rakyat di Selangor, seterusnya mengekang penularan wabak Covid-19.

Sultan Sharafuddin juga bertitah supaya solat Jumaat diganti dengan solat Zuhur dan solat fardu serta solat sunat Tarawih pada Ramadan tahun ini dilakukan di rumah masing-masing.


Pengarang :