Lim Yi Wei (kiri) meninjau Pasar Pagi Sea Park, Petaling Jaya yang diarah tutup bagi kerja nyahcemar dalam usaha mengekang Covid-19. Foto ihsan Facebook Lim Yi Wei
ADNSELANGOR

Operasi Pasar Pagi Sea Park ditutup sementara, jalani proses nyahcemar

SHAH ALAM, 29 APRIL: Pasar Pagi Sea Park, Petaling Jaya ditutup sementara mulai hari ini sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan, kata ahli dewan negeri Kampung Tunku.

Lim Yi Wei berkata tindakan itu bagi memberi ruang untuk proses nyahcemar dan kepatuhan garis panduan penjarakan sosial oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

“Penutupan ini untuk memastikan keselamatan semua penduduk dalam menangani wabak Covid-19,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata memandangkan pasar berkenaan ialah sebuah pasar swasta, maka pembukaan semula bergantung kepada tahap pematuhan pengunjung terhadap garis panduan ditetapkan.

Bagaimanapun, katanya komuniti setempat masih boleh mengunjungi beberapa pasaraya alternatif terdekat yang disediakan untuk mendapatkan barang keperluan.

“Pasar berkenaan termasuk Pasar Awam Seksyen 14, Jalan 14/24; Pasar Awam Seksyen 17, Jalan 17/42; Star Grocer, Jln 20/16, Taman Paramount; Pasar Besar Kg Chempaka, Jalan PJU 1/5, Kg Chempaka dan Pasar Seri Setia, Jalan SS 9A/1, Kg Baru Sg Way,” katanya.

Ini adalah pasar ketiga di Petaling Jaya ditutup. Sebelum ini, Pasar Taman Megah (26 April) dan Pasar Jalan Othman (27 April) turut diarah berbuat demikian kerana terdapat peniaga yang positif Covid-19 dipercayai berpunca daripada kluster Pasar Borong Kuala Lumpur.


Pengarang :