‘Dark side’ atau DS iaitu pemilik akaun laman sosial yang memaparkan sisi gelap khususnya keinginan dan fantasi seksual.
AGENSISELANGOR

Pantau media sosial dan mainan komputer anak, elak unsur negatif

SHAH ALAM, 23 APRIL: Ibu bapa perlu memantau penggunaan media sosial dan permainan komputer dilayari anak masing-masing yang meningkat ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata pengerusi Salwa Malaysia.

Prof Madya Dr Nur Izura Udzir berkata ini kerana mungkin ada kandungan memberikan kesan negatif serta menyebabkan ketagihan untuk jangka panjang, contohnya permainan bersifat gurauan menyuruh anak-anak membuka gas memasak pada waktu malam ketika semua orang tidur.

“Jangan sampai ketagihan dan ibu bapa perlu mencari jalan bagaimana untuk mengatasi permasalahan itu,” katanya dalam program bual bicara Institut Darul Ehsan (IDE) Selangor di sini hari ini.

Bual bicara bertajuk Keluarga Seimbang dan Sejahtera Tangani Pandemik Bersama yang dikendalikan Eksekutif IDE Selangor, Hanif Ahmad turut menampilkan Yang DiPertua Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis), Datin Seri Masdiana Muhamad sebagai ahli panel.

Nur Izura berkata antara pendekatan kreatif boleh digunakan ibu bapa adalah memperkenalkan anak-anak kepada permainan tradisional, sukan dan papan uji minda yang lebih bermanfaat.

“Bawa keluar congkak dan guli, meja ping pong serta karom di stor untuk digunakan ketika PKP ini, ia lebih seronok ketika dimainkan bersama,” katanya.


Pengarang :