Elya Marini (kiri) bersama anggota dari IPD Klang Selatan menutup sebuah pasar mini yang hanya menjual minuman beralkohol ketika rondaan pematuhan PKP pada 13 April 2020. Foto ihsan FB Saluran Komunikasi MPKlang
PBTSELANGOR

Pasar mini jual minuman beralkohol diarah tutup

PELABUHAN KLANG, 14 APRIL: Majlis Perbandaran Klang (MPK) mengarahkan sebuah pasar mini di Jalan Buah Mentega di sini ditutup selepas dikesan hanya menjual minuman beralkohol, kata timbalan yang dipertuanya.

Elya Marini Darmin berkata biarpun pemilik premis mempunyai lesen perniagaan sah tetapi aktiviti dijalankan menyalahi peraturan dan arahan penutupan dibuat semasa Rondaan Pemantauan Pematuhan Arahan Perintah Kawalan Pergerakan dan Penguatkuasaan Perlesenan ke atas premis perniagaan sekitar Klang Selatan kira-kira 4.30 petang semalam.

“Hasil pemeriksaan seterusnya mendapati premis ini juga menjual arak iaitu minuman bir dalam tin pelbagai jenama dan kandungan akhohol di bawah lima peratus.

“Pemilik premis diberi amaran supaya tidak hanya menjual minuman beralkohol kerana tindakan lebih tegas akan diambil sekiranya didapati gagal mematuhi peraturan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, pemeriksaan disertai sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis (IPD) Klang Selatan, Jabatan Penguatkuasa, Jabatan Perlesenan dan Jabatan Kesihatan berdasarkan aduan orang ramai berhubung aktiviti perniagaan di premis dimiliki warga tempatan.


Pengarang :