Tiga pelanggan ditahan ketika sedang makan di sebuah premis dekat Klang. Foto Ihsan IPD Klang Utara.
SELANGOR

Pelanggan, pemilik kedai ingkar perintah kawalan ditahan

SHAH ALAM, 5 APRIL: Lima pelanggan yang sedang menjamu selera di restoran di Lintang Batu Tiga, Klang ditahan selepas ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kelmarin.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh berkata dalam serbuan kira-kira 1.30 petang itu, pemilik restoran dengan pekerjanya turut ditahan kerana membenarkan pelanggan makan dalam premis.

“Ketika serbuan itu ada pelanggan yang sedang menyuap makanan dan ada yang duduk bersembang. Siasatan mendapati restoran ini menjadi tumpuan warga asing,” katanya dalam kenyataan semalam.

Tambah Nurulhuda semua suspek berusia antara 30 hingga 40 tahun ditahan reman hingga 7 April.


Pengarang :