AGENSISELANGOR

Pemandu mabuk rempuh sekatan, ingkar PKP ditahan

SHAH ALAM, 9 APRIL: Polis menahan seorang lelaki mabuk kerana melanggar sekatan jalan di Lebuhraya Sprint dekat Petaling Jaya malam tadi.

Dalam kejadian jam 9.15 malam di Kilometer 0.3 menghala Tol Damansara, lelaki berusia 33 tahun yang memandu Nissan Almera ditahan dan ujian pernafasan mendapati dia mabuk.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Polis Nik Ezanee Mohd Faisal berkata tiada anggota polis yang cedera.

Katanya, lelaki itu disiasat mengikut Seksyen 279 Kanun Keseksaan kerana memandu secara berbahaya dan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Nik Ezanee berkata pihaknya turut menahan 12 individu lain termasuk empat warga asing yang melanggar PKP dalam tempoh 24 jam semalam.


Pengarang :