PBTSELANGOR

Peniaga boleh tuntut balik duit permit bazar Ramadan, ekspo raya

SHAH ALAM, 28 APRIL: Semua peniaga yang sudah menjelaskan bayaran permit bazar Ramadan dan ekspo raya kepada Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) boleh menuntut pulangan wang masing-masing sehingga 30 April ini, kata yang dipertuanya.

Mohd Faizul Fitri Muslil berkata mereka boleh menyalurkan maklumat kepada MDSB dengan menyertakan butiran nama, nombor kad pengenalan, jenis permit (bazar atau ekspo), nama bank, nombor akaun (perlu sama dengan nama pemegang cagaran/permit).

“Kaedah saluran maklumat boleh dibuat melalui telefon terus ke pejabat MDSB menerusi talian 03-3224 1000/3224 1655 bermula jam 9 pagi hingga 4 petang, Isnin hingga Jumaat,” katanya dalam kenyataan menerusi Facebook MDSB.

Pada 1 April lalu, Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari berkata Kerajaan Negeri membuat keputusan membatalkan bazar Ramadan di seluruh Selangor kerana bimbang dengan penularan wabak Covid-19.


Pengarang :