Farit Ismeth Emir. Foto Facebook RTM
AGENDANASIONAL

Penyampai berita RTM, Farit Ismeth Emir meninggal dunia

SHAH ALAM, 20 APRIL: Pembaca berita Radio Televisyen Malaysia (RTM), Farit Ismeth Emir meninggal dunia hari ini.

Beliau dilaporkan menghembuskan nafas terakhir pada usia 66 tahun di Hospital Assunta Petaling Jaya.

RTM menerusi Facebooknya turut memuat naik hantaran memaklumkan dukacita dengan pemergian Farit.

“Dukacita dimaklumkan kami telah kehilangan sebutir permata hari ini. Farit Ismeth Emir, pembaca berita RTM atau lebih dikenali sebagai “Pakngah” dalam kalangan warga kerja RTM telah menghembuskan nafas terakhir pagi ini.

“Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga dan semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan yang beriman,” jelas kenyataan itu.

Farit yang merupakan penyampai berita veteran di stesen penyiaran awam milik kerajaan itu mula menyertai RTM pada 1986 dan namanya popular sebagai penyampai segmen berita Dunia Jam 10.


Pengarang :