AGENDANASIONAL

Perhimpunan ramai tidak dibenarkan, cari idea baharu niaga bazar Ramadan – KKM

SHAH ALAM, 3 APRIL: Peniaga perlu mencari idea baharu penganjuran bazar Ramadan berikutan langkah kerajaan yang mungkin tidak membenarkan perhimpunan ramai dalam tempoh enam hingga 12 bulan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia termasuk penganjuran e bazar Ramadan yang boleh dihantar menerusi perkhidmatan penghantaran yang permintaannya meningkat 70 peratus sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Amalan kita sejak PKP sudah berubah kita tidak lagi bersalaman, kerap membasuh tangan dan penjarakan selamat sekurang-kurangnya satu meter.

“Amalan perhimpunan mungkin tidak digalakkan contohnya dari enam bulan ke satu tahun. Jadi bazar Ramadan perlu ada idea kreatif serta inovasi,” katanya pada sidang media di Putrajaya di sini, hari ini.

Pada 1 April lalu, Kerajaan Negeri membuat keputusan membatalkan bazar Ramadan di seluruh Selangor buat masa ini susulan penularan wabak Covid-19.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari berkata keputusan itu bagaimanapun bergantung kepada saranan Kementerian Kesihatan (KKM).


Pengarang :