Selangorkini
AGENSI SELANGOR

Pertandingan Foto Jom Baca Bersama 2020 tawar hadiah RM6,000

SHAH ALAM, 23 APRIL: Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) menganjurkan Pertandingan Foto Jom Baca Bersama 2020 yang menawarkan hadiah keseluruhan RM6,000.

Perbadanan itu memaklumkan mereka yang ingin menyertai pertandingan bertemakan `Baca dan Eratkan’ berkenaan perlu menekan tanda suka pada paparan Pertandingan Baca dan Eratkan di Facebook atau Instagram serta mengikuti media sosialnya.

“Muat naik gambar aksi keluarga masing-masing yang sedang membaca ke media sosial sendiri dan letakkan tanda pagar #selangormembaca pada paparan tersebut,” katanya di Facebook hari ini.

Tarikh tutup pada tengah malam 3 Mei ini manakala syarat penyertaan boleh melayari laman sesawang, www.ppas.gov.my.

Tiga pemenang utama berpeluang memenangi RM500 setiap seorang manakala RM150 bagi 30 pemenang sagu hati.


Pengarang :