Petugas kesihatan di barisan hadapan. Foto Facebook Datuk Dr Noor Hisham Abdullah
AGENDANASIONAL

Petugas Jawi mohon doa ibu, mudahkan urus jenazah Covid-19

SHAH ALAM, 12 APRIL: Seorang kakitangan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) berkongsi perasaan beliau menguruskan jenazah pesakit Covid-19 termasuk bimbang kemungkinan dijangkiti.

Petugas Bahagian Pengurusan Dakwah Jawi, Ustaz Mohamad Fauzi Abu Seman berkata apabila mendapat panggilan menguruskan mayat wabak tersebut, beliau akan menghubungi ibu untuk mendoakan supaya tugas dipermudahkan selain keselamatan diri.

“Selepas itu, saya akan meminta isteri turut mendoakan pekerjaan saya, apa yang penting adalah niat kami untuk membantu dan ia sebahagian daripada tanggungjawab fardu kifayah kami.

“Pengurusan jenazah bagi mangsa virus ini memang berisiko dan perlu memakai sut peralatan perlindungan diri (PPE) sepanjang masa pengurusan berkenaan,” katanya seperti dilapor Harian Metro.

Mohamad Fauzi yang turut berpengalaman dalam pengurusan jenazah nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 berkata peraturan menguruskan jenazah mangsa Covid-19 lebih ketat.

“Kita tidak mandikan dengan air, sebaliknya kita hanya mengenakan tayammum kepada jenazah di atas beg plastik yang sudah dipasang oleh kakitangan hospital.

“Pengurusan jenazah Covid-19 ini adalah sama dengan mangsa virus Ebola dan jenazah dibalut dengan dua lapisan beg plastik. Untuk urusan tayammum, hanya seorang petugas saja dibenarkan manakala dua lagi petugas untuk solat jenazah,” katanya.


Pengarang :