AGENDASUKANKINI

Piala Duduk Rumah: Lapan pasukan berentap ke pusingan penentu

SHAH ALAM, 9 APRIL: Sebanyak lapan pasukan berentap ke pusingan penentu Kejohanan Permainan Siber Selangor (SCG) 2020 Mobile Legend Bang Bang (MLBB) yang bersiaran secara langsung di Facebook IO Esports 10 pagi ini.

Pasukan terbabit antaranya AD KINX, Publik Teragung, Lunatix Esports dan Ezzy Esport, kata IO Esports menerusi Facebooknya.

Mereka akan menyertai empat pasukan Liga Profesional yang dijemput khas iaitu Todak, Orange Esports, Reborn, Team Bosskur dan Geek Fam.

Kejohanan anjuran Pejabat Menteri Besar Selangor melalui Menteri Besar Incorporated (MBI) dan IO Esports dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Selangor bertujuan menggalakkan orang ramai duduk di rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kejohanan itu menawarkan hadiah keseluruhan RM40,000 manakala yuran penyertaan RM10 akan didermakan ke Tabung Covid-19 Selangor.


Pengarang :