Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

PKP boleh dilanjut hingga Jun jika rakyat ingkar

SHAH ALAM, 15 APRIL: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan berlanjutan hingga Jun sekiranya kes Covid-19 meningkat akibat sikap degil rakyat, kata ketua polis negara.

Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata rakyat perlu patuh sepanjang PKP fasa tiga bermula hari ini hingga 28 April bagi memastikan rantaian wabak dapat diputuskan, lapor Berita Harian.

“Saya beri peringatan kepada orang ramai PKP tidak akan dilonggarkan. Tangkapan akan dibuat kepada mereka yang langgar arahan,” katanya.

Hingga Isnin lalu, seramai 9,090 individu didapati ingkar PKP dan mereka yang didapati bersalah boleh dikenakan hukuman penjara maksimum dua tahun dan kesalahan seterusnya dipenjara lima tahun.

Jumlah kes positif Covid-19 di negara ini setakat 12 tengah hari semalam, adalah 4,987 kes dengan 82 kematian direkodkan.


Pengarang :