Seorang guru sukarelawan menggunakan telefon untuk menghantar kerja rumah kepada pelajar susulan perintah kawalan mencegah Covid-19 di sempadan Turki-Syria pada 30 Mac 2020. Foto REUTERS
AGENDANASIONAL

PKP fasa tiga: KPM diminta laksana inisiatif belajar dari rumah

SHAH ALAM, 10 APRIL: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) diminta melaksanakan inisiatif pembelajaran dari rumah susulan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata perdana menteri.

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata langkah itu bagi memastikan anak-anak terus mendapat akses pendidikan di rumah sehingga sekolah dibuka seperti biasa.

“Walaupun keadaan Insya-Allah akan kembali pulih dengan langkah yang sedang diambil, namun kita mesti ingat bukan negara kita sahaja yang terkesan dengan wabak ini.

“Seluruh dunia terkesan termasuklah negara-negara jiran kita,” katanya dalam Perutusan Khas Perdana Menteri yang disiarkan di stesen televisyen utama hari ini.

Sebelum itu, Muhyiddin memaklumkan PKP dilanjutkan sehingga 28 April bagi membendung penularan Covid-19, dengan fasa pertama bermula 18 hingga 31 Mac, diikuti fasa kedua dari 1 hingga 14 April.


Pengarang :