Sekatan jalan raya dilakukan oleh pasukan polis bersama anggota tentera semasa Perintah Kawalan Pergerakan di Pekan Dengkil, Kuala Langat pada 3 April 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

PKP: Kadar individu ingkar ditahan turun 11 peratus

SHAH ALAM, 5 APRIL: Kadar tangkapan individu ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa kedua turun 11 peratus apabila 368 individu ditahan menerusi sekatan dan rondaan polis semalam berbanding 413 hari sebelumnya, kata menteri kanan (Kluster Keselamatan).

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sebanyak 25,554 pemeriksaan mengejut dilakukan di seluruh negara dan 4,399 premis diperiksa pihak berkuasa.

“Orang ramai diminta memberi kerjasama kepada polis dalam pematuhan PKP. Terdapat insiden segelintir individu yang bukan sahaja mengingkari PKP bahkan menghalang tugas pihak berkuasa.

“Kegagalan mematuhi PKP kini sudah masuk kepada hukuman berat mengikut kanun keseksaan kerana semalam ada kes anggota dirempuh motosikal yang cuba melarikan diri ketika operasi,” katanya ketika sidang media di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata 309 individu direman semalam dengam 59 individu dijamin dan kadar penurunan ini menunjukkan rakyat mematuhi arahan PKP ditetapkan Kerajaan.

Secara keseluruhan sebanyak 745 sekatan jalan raya di seluruh negara dan 331,839 kenderaan diperiksa polis dan tentera.


Pengarang :