IPD Klang Selatan menutup enam jalan bagi mengukuhkan penugasan operasi fasa ketiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 April 2020. Foto Facebook IPD Klang Selatan
SELANGOR

Polis Klang tingkat kawalan, sekat penduduk balik kampung

SHAH ALAM, 24 APRIL: Polis Daerah Klang Selatan akan meningkatkan kawalan sekatan jalan di daerah ini ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi memastikan tidak ada individu pulang ke kampung menyambut Ramadan.

Pihak berkuasa itu berkata hanya mereka yang sudah membuat permohonan rentas sempadan bagi tujuan kebajikan dan kecemasan sahaja yang dibenarkan berbuat demikian.

“Semua sekatan jalan raya semasa PKP fasa ketiga yang masih dikuatkuasa sehingga 28 April ini akan dipertingkatkan di semua laluan keluar Bandar Klang bagi mengehadkan pergerakan pengguna jalan raya yang tidak mempunyai urusan penting,” katanya di Facebook.

“Setakat ini pihak polis tidak membenarkan sebarang pergerakan dilakukan orang ramai bermula hari ini untuk menyambut Ramadan di kampung masing-masing.”

Dalam perutusan khas malam tadi, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan lanjutan PKP kepada dua minggu lagi mulai 29 April hingga 12 Mei.

Namun beliau memaklumkan kerajaan berkemungkinan akan melonggarkan kawalan pergerakan secara berperingkat dalam beberapa sektor.


Pengarang :