AGENSISELANGOR

Polis Kuala Selangor tahan 16 individu ingkar PKP

SHAH ALAM, 16 APRIL: Seramai 16 individu di sekitar Kuala Selangor ditahan dalam operasi bersepadu berikutan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa ketiga semalam.

“Mereka dikenakan tindakan di bawah Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit kerana ingkar PKP,” kata Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuala Selangor menerusi Facebook hari ini.

Polis menyeru orang ramai supaya ikut saranan PKP dalam usaha mencegah jangkitan Covid-19. Tindakan lebih tegas akan dikenakan terhadap sesiapa yang tidak mematuhinya.

 


Pengarang :