Sekatan jalan raya oleh anggota polis bersama pasukan Rela di Seksyen 24, Shah Alam pada 16 April 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Polis siasat kenamaan langgar PKP, tiada siapa kebal

SHAH ALAM, 18 APRIL: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata polis akan mengambil tindakan lanjut terhadap kenamaan yang didapati melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan (kluster keselamatan) berkata beliau difahamkan ada laporan polis telah dibuat terhadap kenamaan tersebut.

“Tiada sesiapa boleh mengatasi undang-undang, saya difahamkan ada laporan polis dibuat, kita serah kepada polis untuk teruskan tindakan,” katanya dalam sidang media harian di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai gambar yang tular di media sosial mengenai orang kenamaan tertentu yang didakwa ingkar PKP.

 


Pengarang :