AGENSISELANGOR

Rangka strategi kurangkan impak ekonomi wanita ketika PKP

SHAH ALAM, 25 APRIL: Kerajaan Negeri disaran merangka strategi untuk membantu wanita membina semula ekonomi mereka ekoran penularan Covid-19 sehingga kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Hasil kaji selidik Institut Wanita Berdaya (IWB) berpendapat Kerajaan Negeri perlu membantu golongan tersebut mengurangkan impak ekonomi ketika ini.

“Sebagai contoh, peluang wanita memanfaatkan platform perniagaan digital dengan menyediakan insentif kepada golongan B40 untuk memiliki jaringan Wifi yang stabil.

“Pada masa sama, merangka langkah pemulihan menyokong perniagaan kecil dan sederhana golongan wanita yang terjejas akibat Covid-19,” kata laporan tersebut.

Menerusi kaji selidik berkenaan, IWB mendapati wanita banyak memohon peluang perniagaan digital sebagai peluang ekonomi alternatif sepanjang PKP.

Bagaimanapun, IWB mendapati majoriti responden tidak mempunyai akses internet yang stabil dengan 53 peratus daripadanya tidak mempunyai sambungan Wifi di rumah.


Pengarang :