Gambar hiasan. Grafik Selangorkini
AGENDA NASIONAL

Rangka strategi pulih negara – Muhyiddin

SHAH ALAM, 25 APRIL: Kerajaan sedang merangka strategi untuk memulihkan pelbagai sektor dan kehidupan rakyat yang terjejas susulan penularan Covid-19 melanda seluruh, kata Perdana Menteri.

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sebagai kerajaan ia adalah keutamaannya dan beliau selalu mengingatkan jemaah Menteri untuk membuat perancangan betul bagi memastikan Malaysia tidak terbelakang berbanding negara lain.

“Strategi harus betul…kita sedang rancang strategi secara sebelum dilaksanakan yang memerlukan satu keberanian dari segi pimpinan dan disambut pihak industri serta pelbagai pihak,” katanya dalam temu bual khas disiarkan di semua saluran televisyen utama negara malam ini.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata antara kebimbangan terbesarnya adalah melihat rakyat kehilangan pekerjaan disebabkan majikan masing-masing tidak dapat beroperasi disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan.

“Apa pilihan mereka ada? Sebab itu satu langkah kita ambil adalah membantu syarikat contohnya memberikan subsidi upah untuk meringankan beban mereka membayar gaji.

“Selain itu kita juga beri moratorium pinjaman bank-bank membabitkan syarikat perniagaan dan individu, ini semua untuk membantu,” katanya.

 


Pengarang :