AGENDANASIONAL

Rantaian Covid-19 sukar putus jika kes tak dilaporkan – Amirudin

SHAH ALAM, 8 APRIL: Dato’ Menteri Besar yakin rantaian Covid-19 dapat diputuskan selagi kes masih dapat dikesan.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata ketika ini beliau lebih bimbangkan kes yang tidak dilaporkan sekali gus menyukarkan pihak berkuasa mengesan penularan wabak itu.

“Walaupun terdapat tambahan kes, kita masih boleh mengawalnya tetapi jika kes tidak dilaporkan, ia memberi kesan buruk,” katanya ketika ditemuramah Bernama Radio melalui panggilan video hari ini.

Jelas Amirudin di Petaling mencatatkan pertambahan jumlah kes Covid-19 disebabkan individu pulang dari luar negara dan diletakkan di pusat kuarantin atau beralamat di Selangor.

“Tindakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di daerah di Selangor wajar malah kita pernah bincangkan perkara ini lebih awal dengan Jabatan Kesihatan Selangor,” katanya.


Pengarang :