AGENDAEKONOMI

Rizab antarabangsa BNM AS$102 bilion pada 15 April

KUALA LUMPUR, 22 APRIL: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$102.0 bilion pada 15 April 2020.

Dalam kenyataan hari ini, bank pusat itu berkata paras rizab ini memadai untuk membiayai 7.9 bulan import tertangguh dan 1.1 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

BNM berkata komponen utama rizab antarabangsa terdiri daripada rizab mata wang asing (AS$94.7 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.1 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (AS$1.1 bilion), emas (AS$2.0 bilion), dan lain-lain aset rizab (AS$3.1 bilion).

Aset termasuk emas, pertukaran mata wang asing dan rizab lain, termasuk SDR, yang berjumlah RM441.47 bilion, kertas kerajaan Malaysia (RM9.02 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM3.35 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM6.88 bilion ), tanah dan bangunan (RM4.16 bilion), dan aset lain (RM19.77 bilion).

– BERNAMA


Pengarang :