Pemeriksaan Majlis Perbandaran Klang di kediaman di Jalan Sumazau, Bandar Bukit Raja yang didapati mengubah suai premis menjadi pusat penjagaan wanita berpantang.
PBTSELANGOR

Rumah jadi pusat jagaan wanita berpantang, MPK keluar notis

SHAH ALAM, 23 APRIL: Majlis Perbandaran Klang (MPK) hari ini mengeluarkan notis amaran kepada pemilik premis kediaman di Jalan Sumazau, Bandar Bukit Raja yang didapati mengubah suai premis menjadi pusat penjagaan wanita berpantang.

MPK dalam kenyataan berkata pihaknya melaksanakan operasi bersepadu di dua premis di lokasi berkenaan selepas mendapat aduan awam.

“Selain ubuah suai dilakukan tanpa kebenaran, hasil pemeriksaan juga mendapati premis awam itu beroperasi tanpa lesen dan terdapat 15 bilik digunakan untuk penjagaan wanita berpantang.

“Susulan itu notis pemberitahuan Salahguna Bangunan dan Ubahsuaian tanpa kelulusan telah dikeluarkan di tapak premis,” katanya.


Pengarang :